Sunday, September 9, 2012

harapan di hatiku

Inzinkan saya tulis dalam Bahasa Malaysia.
UPSR sudah tiba, saya juga rasa gementar. Walaupun  saya tidak  mengajar Tahun 6. tetapi, saya telah membimbing seorang murid. Oleh kerana bimbingan yang diberi itu berkesan, jadi saya berharap murid tersebut menunjukkan prestasi yang baik dalam kertas Bahasa Cina pada kali ini.  Bukan murid ini sahaja harapan saya, anak pekerja di sekolah saya juga pernah minta tolong saya memberi kelas tambahan kepada anak mereka. Selain membantu, saya juga telah menaruh harapan kepada murid SK ini.  Kini, tiba masa untuk melihat hasil dan usaha sebagai seorang guru. Harapan di hati, usaha masih di dalam tangan murid. Guru mengharapkan murid boleh membuat yang terbaik, murid mengharapkan keputusan yang cemerlang. Sama-sama kita doakan mereka dapat buat yang terbaik untuk UPSR kali ini.

No comments:

Post a Comment